Tanaman Kelapa Sawit

Jumlah kawasan ladang terkini adalah sebanyak 541.08 hektar, yang merangkumi kawasan matang, kawasan belum matang serta kawasan yang sedang menjalani proses tanam semula.

Dari jumlah tersebut, kawasan matang seluas 287.14 hektar bersamaan 53% daripada keseluruhan keluasan ladang. Kawasan matang ini merupakan aset utama ladang kerana sedang menyumbang kepada hasil ladang semasa.

Walau bagaimanapun Blok tanaman 2006 dan 2010 telah dikenalpasti untuk pelaksanaan Pembangunan Perumahan Fasa 2 yang bermula pada bulan November 2025. Justeru, kawasan terlibat dijangka akan mengalami perubahan guna tanah dan tidak lagi menyumbang kepada hasil pengeluaran ladang selepas pembangunan dilaksanakan.

Selain itu,kawasan belum matang berjumlah 192.93 hektar,iaitu 36% daripada keseluruhan keluasan ladang.Kawasan ini terdiri daripada tanaman semula tahun 2023 seluas 97.43 hektar dan tahun 2024 seluas 95.50 hektar. Kawasan ini dalam tempoh pertumbuhan dan akan mula mengeluarkan hasil seawal tahun 2026 dan 2027 secara berperingkat.

Di samping itu, kawasan yang sedang menjalani proses tanaman semula bagi tahun 2026 adalah seluas 61.01 hektar, bersamaan 11% daripada jumlah keseluruhan kawasan ladang. Manakala seluas 110.12 hektar akan ditanam semula pada tahun 2027.

Pada tahun 2025, pencapaian hasil BTS adalah menurun sebanyak 17% disebabkan oleh kawasan seluas 114.89 hektar (40% daripada kawasan matang-Blok 2006 dan 2010) telah diserahkan kepada pemaju (Matrix Concept) untuk tujuan pembangunan perumahan FASA 2.

Manakala seluas 20.63 hektar (7%) di Blok 2019 telah dimusnahkan oleh gajah. Pihak pengurusan ladang sedang dalam proses pembinaan pagar elektrik mengelilingi seluruh kawasan ladang dan dijanakan oleh kuasa elektrik TNB.

 

 

Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)

Bagi memastikan KOPKETA terus memenuhi standard pensijilan Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO) versi baharu MS2350:2022, atau lebih dikenali MSPO 2.0, Pihak Pengurusan Ladang Sungai Kluang telah melaksanakan pelbagai langkah pematuhan sepanjang tahun 2024.

Pada 9 dan 10 Disember 2024, Ladang Sungai Kluang telah menjalani pengauditan semula pensijilan MSPO dan berjaya mengekalkan status pensijilan tersebut. Pencapaian ini amat membanggakan kerana KOPKETA merupakan antara entiti terawal diiktiraf di bawah standard MSPO 2.0, sekaligus membuktikan komitmen koperasi terhadap amalan perladangan mampan, pematuhan piawaian, dan pengurusan ladang yang bertanggungjawab.
Image
 KAWASAN
BLOK
LUAS (HEKTAR)
TAHUN TANAM
BAKA POKOK
 LSK A
SM 2001
39.03
2001
FELDA
SM 2006
90.61
2006
FELDA
SM 2010
24.28
2010
FELDA
 JUMLAH LSK A
153.92
 
 
 LSK B
SM 2019
53.82
2019
FELDA
SM 1989-2
61.01
1989
FELDA
SM 1989-5
58.92
1989
FELDA
SM 2016
53.67
2016
FELDA
 JUMLAH LSK B
227.42
 
 
 JUMLAH KAWASAN
 MATANG
381.34

 
 
 LSK B
SI 2024
95.50
2023/2024
Sawit Kinabalu
SI 2023
97.43
2022/2023

Yangambi / Sawit Kinabalu
 JUMLAH KAWASAN BELUM
 MATANG
192.93

 
 
 JUMLAH KESELURUHAN
574.27
 
 
Image

Nurseri Sawit Ladang Sungai Kluang

Tapak semaian atau lebih dikenali sebagai nurseri di Ladang Sungai Kluang telah beroperasi selama lebih empat tahun. Bagi memastikan kerja-kerja di tapak semaian berjalan lancar, pada tahun 2025, seramai dua (2) orang pekerja tempatan mahir sahaja yang ditugaskan untuk kerja-kerja di nurseri.

Sehingga kini, tapak semaian Ladang Sungai Kluang telah berjaya menjual anak benih sawit kepada pelbagai kelompok pelanggannya sama ada pekebun kecil ataupun koperasi sendiri. Berikut merupakan hasil penjualan anak benih sawit dari tapak semaian di Ladang Sungai Kluang bagi tahun 2025:

  Tahun  

Jenis Baka

Jumlah Pokok

Jualan (RM)

   2024  

Anak sawit jenis DxP

12,150

RM 173,681.54

   2025  

Anak sawit jenis DxP

14,629

RM 281,689.50

Tambahan lagi, tapak semaian Ladang Sungai Kluang telah berjaya mengekalkan pensijilannya untuk Code of Good Nursery Practice for Oil Palm Nurseries (CoPN) untuk tahun yang keempat setelah diaudit pada April 2026 yang lepas.

 

Seperti sedia maklum pokok-pokok yang dihasilkan sendiri di nurseri telah dibekalkan kepada ladang untuk kerja-kerja penanaman semula. Hanya benih-benih berkualiti tinggi serta mematuhi standard CoPN sahaja yang dipilih untuk ditanam di dalam ladang sebagai usaha awal untuk mendapatkan hasil yang terbaik dimasa akan datang.

 

DUSUN DURIAN HYBRID

Tambahan lagi, tapak semaian Ladang Sungai Kluang telah berjaya mengekalkan pensijilannya untuk Code of Good Nursery Practice for Oil Palm Nurseries (CoPN) untuk tahun yang keempat setelah diaudit pada April 2026 yang lepas.

 

Seperti sedia maklum pokok-pokok yang dihasilkan sendiri di nurseri telah dibekalkan kepada ladang untuk kerja-kerja penanaman semula. Hanya benih-benih berkualiti tinggi serta mematuhi standard CoPN sahaja yang dipilih untuk ditanam di dalam ladang sebagai usaha awal untuk mendapatkan hasil yang terbaik dimasa akan datang.

 

Stesen Minyak Petron Bandar Seri Impian

Sebagai salah satu cabang perniagaan di bawah Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad (KOPKETA), Stesen Minyak Petron Bandar Seri Impian mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2022. Kini, setelah hampir lima (5) tahun beroperasi, stesen ini terus menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan kekuatan tenaga kerja seramai 14 orang kakitangan.

Operasi stesen merangkumi jualan minyak dan jualan kedai serbaneka yang semakin mendapat sambutan daripada pelanggan. Sepanjang tahun 2024, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat, antaranya Isi Minyak Motosikal Percuma, Aktiviti Petron (Johor Tengah), Kursus dan Latihan Kakitangan, Jualan Kedai dan Promosi, serta Program Keceriaan Petron.

Petron Bandar Seri Impian bukan sekadar stesen minyak, tetapi juga platform yang mencerminkan komitmen KOPKETA dalam memberikan perkhidmatan berkualiti dan nilai tambah kepada masyarakat. Dengan peningkatan permintaan dan sokongan berterusan daripada pelanggan, stesen ini dijangka terus berkembang maju melalui pelbagai promosi dan inisiatif menarik yang dijalankan bersama Petron Malaysia.

Isi minyak, beli-belah & nikmati tawaran hebat bersama Petron Bandar Seri Impian!
Image
Image
Image
Image

Sewaan Bangunan Komersial

  • Bangunan Wisma Kopketa dan 5 unit/pintu kuaters di sekitar Ladang Sungai Kluang
  • 75 unit/pintu rumah kedai di Bandar Seri Impian, kluang Johor untuk disewakan
  • 2 buah banggunan kedai dan pejabat di Impianan Square Bandar Seri Impian telah binaan untuk disewakan
  • 6 buah banglow disewakan.
Image

Pembangunan Perumahan

Projek pembangunan hartanah KOPKETA bersama Matrix Concept telah dimulakan pada tahun 2005 di atas tanah seluas 900 ekar. Pembangunan bercampur ini merangkumi  kawasan perumahan, komersial dan kemudahan awam.

Sehingga kini, projek ini telah mencapai kemajuan memberangsangkan dan menjadi kawasan perumahan utama yang terus berkembang pesat. Pembangunan ini telah memberi pulangan ekonomi yang significant kepada KOPKETA serta membuka peluang sosial dan ekonomi kepada masyarakat setempat.

Seiring kejayaan tersebut, KOPKETA kini berada dalam misi meneruskan perancangan pembangunan seterusnya yang lebih strategik dan berimpak tinggi demi kemajuan anggota, penduduk Kluang dan kawasan sekitarnya, serta kelestarian koperasi.
Image
Image
Image
Image

Empat Semudra Plantation Sdn. Bhd. (ESPSB)

EMPAT SEMUDRA PLANTATION SDN. BHD. telah diperbadankan pada 4 Mac 1989 di Malaysia dengan nombor pendaftaran 0179314D / 198901002008. Perniagaan EMPAT SEMUDRA PLANTATION SDN. BHD. merangkumi pertanian campuran, penyelenggaraan ladang kelapa sawit berdasarkan yuran atau kontrak, dan aktiviti pertanian termasuk agro-pelancongan.

Image