Johor Bahru - 9 0ktober 2025

Kejayaan KOPKETA

 

            Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor KOPKETA melakar sejarah manis apabila mencapai kedudukan dalam 50 Koperasi Terbaik Negeri Johor untuk tiga tahun berturut turut 2025, 2024 dan 2023. Kejayaan itu sekali gus meletakkan KOPKETA pada senarai Koperasi nombor satu terbaik di Johor pada tahun 2025.

Pencapaian  itu diraih pada Majlis Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Johor 2025 di Hotel Grand Paragon di Johor Bahru. Majlis yang dianjurkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Johor itu turut mengisytiharkan  Anugerah Koperasi Terbaik Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Pembinaan serta Anugerah Koperasi Terbaik Keseluruhan kepada KOPKETA. Dengan kejayaan itu KOPKETA menerima hadiah RM 5,000 ringgit pada setiap kategori.

Hadiah diterima Pengerusi KOPKETA Mohd Bin Md Ali

Anugerah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Mohd Hairi Mad Shah.

Terdahulu beliau dalam ucapannya berkata Gerakan Koperasi Johor mencatat pendapatan berjumlah RM 824.57 juta sepanjang tahun lalu. Ini tegasnya membuktikan sektor itu memainkan peranan penting untuk memacu pertumbuhan negara dalam bidang sosioekonomi terutamanya di Johor.

Tambahnya Koperasi memainkan peranan penting sebagai pemancu Pembangunan masyarakat yang inklusif meliputi pelbagai lapisan seperti komuniti Orang Asli, belia, golongan B40 dan juga profesional.“Kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan SKM untuk memberi pembiayaan dan latihan keusahawanan,bagi memastikan sektor Koperasi dapat berdaya saing” katanya.

Sementara itu Pengerusi KOPKETA Mohd ketika ditemui selepas majlis itu berkata , anugerah yang diterima itu merupakan kejayaan bersama yang dikecapi dan bukan terjadi dengan cara sekelip mata. Ia rangkuman kerja dan pemikiran bersungguh sungguh bersama komitmen yang tidak berbelah bagi demi untuk menjadikan KOPKETA sebuah Koperasi yang kompeten dengan berteraskan ciri ciri kemuafakatan dan berintegriti. Ia selari dengan misi dan visi KOPKETA.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Lembaga Koperasi ALK dan kakitangan KOPKETA yang sentiasa memberikan kerjasama dan  tanggungjawab demi untuk merealisasikan KOKPETA berupaya menuju Pertubuhan koporat yang berdaya saing di peringkat global.

Kepada setiap anggota KOPKETA bersama kita memelihara warisan ini demi masa depan dan kejayaan Koperasi kita.

 

Sekian.......... Zainunsulaiman