Majlis Perpisahan PP Kopketa 8.5.2025

“Harimau mati meninggalkan belang, Mohd Saifuddin Ishak pergi meninggalkan kenangan dalam lipatan memori kita”.

Pengurus Pentadbiran Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor KOPKETA Mohd Saifuddin Ishak mengakhiri tugasannya pada 15 mei 2025 setelah berkhidmat selama 8 tahun bersama KOPKETA. “Lapan tahun di KOPKETA adalah satu perjalanan yang penuh berliku yang membantu bagaimana membentuknya pada hari ini."

Daripada kedudukan ke-72 naik kepada kedudukan ke-10 antara Koperasi terbaik seluruh Malaysia , pencapaian ini memberikan kepuasan kepada diri beliau sepanjang menjadi Pengurus Pentadbiran KOPKETA. Lebih manis lagi pada tahun 2023 KOPKETA dinobatkan sebagai Koperasi terbaik di Negeri Johor . “Saya sebenarnya tidak terbayang di sanubari untuk meninggalkan KOPKETA yang beliau gelumangi selama ini, namun demi masa depan dan untuk mencabar diri sendiri agar berada di tahap yang lebih meningkat tinggi, saya dengan berat hati meninggalkan KOPKETA”, demikian curahan hati Saifuddin pada majlis perpisahan beliau di bandar Kluang.

Beliau dalam barisan kata kata akhirnya berharap KOPKETA akan terus maju ,harmoni dan dapat terus memberi manfaat kepada anggota. Beliau turut mendoakan semua Ahli Lembaga KOPKETA diberikan kesihatan yang baik dan dipelihara Allah. Dalam pada itu Pengerusi KOPKETA Mohamed Nordin Ahmad berkata KOPKETA sedia menerima Saifuddin kembali sekiranya beliau berhajat untuk berkhidmat semula dengan kami. Beliau turut mendoakan Saifuddin agar dikurniakan penghujung yang baik.

Majlis ringkas itu dihadiri oleh semua Ahli Lembaga KOPKETA dan beberapa kakitangannya dari semua bahagian ladang , pengurusan dan Petron. Untuk rekod Saifuddin berkelulusan Mekanikal Engineering Universiti Tenaga Nasional UNITEN mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang urusan hartanah berkaitan ladang pembangunan rumah dan turut menceburi bidang pelaburan.

tamat…..zainunsulaiman